Pages

Bil. yg Sudi Jenguk

Friday, March 20, 2015

Simple Butter Chicken

 Assalamualaikum w.b.t 

Apa khabar semua? Semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja :D
* Pesanan saya, sempena cuaca panas terik ni, minum banyak air putih *

Alhamdulillah, saya masih di panjangkan umur hingga ke hari ini..
Tujuan saya menulis kali ini, untuk berkongsi resepi Butter Chicken yang paling simple :)
Ramai juga yang bertanya tentang resepi ni..
Terima kasih kerana bertanya, dan kali ni saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain pula..

Butter Chicken
(hiasan : Egg Floss + Daun Kari)

Bahan-Bahan

Main Item :
* Ayam (di potong kiub / sederhana kecil) ATAU Udang
Sauce :
Butter Susu Cair (Condensed milk dlm tin) Daun Kari Cili Api (Hiris halus) Tepung Ubi Garam & Gula
Egg Floss :
Kuning Telur Minyak Masak
CARA-CARA
Step 1 : (Egg Floss) (sebagai hiasan) 1. Ambil Kuning Telur sahaja dan kacau bagi rata. 2. Pastikan minyak betul2 panas. Kemudian masukkan kuning telur sambil kacau guna sudip (kacau membentuk bulatan guna arah yang sama)
Step 2 : (sebagai hiasan) Goreng daun kari hingga garing
Step 3 : (Goreng Ayam / Udang) Gaul Ayam / Udang dengan tepung ubi (for crispy) * in Chinese cuisine, dorang memang pakai tepung ubi because is better than corn flour.
Step 4 : (Sauce) 1. Cairkan butter, masukkan cili padi + daun kari (yg fresh) - tumis hingga naik bau (api sederhana)
2. Kemudian masukkan susu cair + garam / gula + tepung ubi yang telah di bancuh (untuk pekatkan kuah)
3. Akhir sekali masukkan Ayam / Udang ! Siap di hidang. Selamat Mencuba ^_^

Maafkan saya andai terkurang :')
Maafkan saya juga tidak nyatakan kuantiti bahan-bahan sebab saya main campak-campak :D
Dalam resepi saya nyatakan STEP 1 - STEP 4, sama macam gambar pertama di atas.
Tapi biasanya, saya hanya guna STEP 3 & STEP 4 sahaja, sebab tu saya kata ni resepi paling mudah ^_^

Simple Butter Chicken
(Step 3 & Step 4)

Terima Kasih :)

4 comments:

danialj said...

Dapnye Timah....Kirim hantar ke rumah sewa bdk2 laki..ktorng sentiasa kelaparan hahaha

timatimato said...

hehe.. korang semua pandai masak :)

Unknown said...

Hi Timah! lamanyaa tak singgah blog timah ni. Lapor nengok ayam tu. Nyumm nyumm.. Rindu masakan timah.

timatimato said...

Hehe.. rindu kamu cici :)