Pages

Bil. yg Sudi Jenguk

Saturday, March 21, 2015

Muhasabah Diri

 Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, syukur banyak-banyak kepada Allah kerana memberi peluang untuk terus bernafas..
Entry kali ni supaya kita dapat sama-sama muhasabah diri, In Shaa Allah :)

Pernah rasa hati selalu tak tenang? Selalu marah? Selalu merungut? Dan macam-macam lagi lah..
Sebab apa ya? 
Bila kita rasa semua tu, kita perlu semak diri kita. #MuhasabahDiri
Cuba duduk seorang diri, dan muhasabah diri mengapa hati ini selalu sakit?
Bila kita mahukan perubahan dalam diri, Allah akan permudahkan segala urusan..
Allah buka jalan untuk kita capai apa yang kita hajati, In Shaa Allah :)
Tambahan, selalulah bicara dengan Allah (indah tau)

Dalam entry kali ni, tak ada perasaan riak pun untuk di tonjolkan..
Saya bukanlah insan yang solehah, tapi itu lah impian saya..
Saya sentiasa yakin dengan ketentuan Allah..
Cuma saya malu, malu dengan Allah sebab terlalu banyak dosa saya :'(
Andai masa itu boleh di patah balik, betapa nikmatnya miliki cinta yang hakiki iaitu cinta kepada Maha Pencipta..
Tambahan, apabila Allah sentiasa memberi, hakikatnya amal masih kurang..

Alhamdulillah, bila kita dekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, hati kita selalu tenang..
Walaupun kita di uji, kita masih boleh muhasabah diri..
Terima Kasih Ya Allah, kau hadiahkan ketenangan jiwa ini :)

Setelah diri kita kotor dengan dosa, bersihkanlah dengan Solat Sunat Taubat..
In Shaa Allah, Allah itu Maha Pengampun..
Jika ada sekelumit perasaan ingin berubah, Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan kita :)
Perubahan tak perlu drastik, tapi istiqamah..

Banyak lagi yang perlu kita buat..
Cuma satu je perlu kita ingat, bersyukurlah apabila kita di uji kerana Allah masih di samping kita dan Allah rindu Tangisan & Doa dari kita.. #Sebak

*Perbanyakkan Istighfar & Taubat*

Maafkan saya, andai tersalah bicara :')

No comments: