♡ Assalamualaikum ♡
Alhamdulillah & bersyukur..
Kadang2 rasa malu dengan Allah..
*Nak MENANGIS sebab Allah hadiahkan yang baik sedangkan amal masih tak cukup, Allahuakbar*
Pointer takde la gempak macam kawan2 lain..
If sapa2 tanya masih segan nak bagi tahu sebab aku memang slow..
Tapi gembira ni hanya Allah yang tahu.. sebab ni sahaja yang aku mampu..
Tapi Allah beri lebih, lebih dari apa yang aku jangka kan..
Tahun lalu drop sangat, tahun ni Allah beri yang lbih baik..
Dalam masa yang sama sentiasa pegang kata2 ibu..
Rezeki sentiasa ada & aku percaya itu..
Sesungguhnya kita perlu yakin & percaya atas ketentuan Nya..
Bergantung lah 100% pada Nya..
Insha'Allah berjaya dunia & akhirat..
Bukan nak riak dengan result ni sebab result msih tak gempak if kawan2 tahu pun..
Tapi sekadar nak berkongsi, JATUH ke kita, GEMILANG ke kita..
Sentiasa letak Allah di hadapan serta Rasul & ibu bapa kita..
Setiap kali kita jatuh, jangan lah selalu tengok yang atas dari kita sahaja, sudah pasti kita tidak rasa perasaan syukur itu.
TAPI, tengok lah bawah dari kita sesungguhnya kita akan rasa terlalu
bersyukur.. kerana kadang2 kita rasa kita lah paling tak bertuah tapi
sesungguhnya ada lagi yang kurang bernasib baik dari kita..
Tidak kah kita
perlu BERSYUKUR?
REZEKI setiap orang tak sama Allah beri.. tapi Allah itu maha adil..
SHARE sikit dengan kawan2.. jangan terlalu tengok kelebihan yang ada pada orang lain..
Orang
itu lebih, orang ini lebih.. kita?
KENAPA kita tak pernah bersyukur dengan apa yang
kita ada?
Selagi kita tak bersyukur, bagaimana Allah nak beri yang lebih baik? Fikir2 kan ya..
Kadang2 kita susah, tapi Allah hadiahkan kepandaian..
Kadang2 kita senang, tapi Allah uji dengan kesihatannya..
Kadang2 kita susah, tapi Allah hadiahkan keluarga yang bahagia..
Kadang2 kita senang, tapi Allah uji dengan hidupnya..
Sebab Allah itu maha adil..
Sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
Sebab itu lah yang baik untuk diri kita..
* Renungan sejenak, kadang2 Allah tak berikan sesuatu pada kita sebab Allah tahu, mungkin kita akan alpa, riak dan sebagainya..
Wallahuallam.. Terima Kasih Ya Allah ♡
Coretan Siti Fatimah Jamalludin
No comments:
Post a Comment