Pages

Bil. yg Sudi Jenguk

Tuesday, May 19, 2015

Rezeki Allah Itu Luas ♡

 Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, masih di panjangkan umur untuk hidup di muka bumi Allah ini :)
Syukur ke Hadrat Ilahi di atas rezeki yang di berikan..

Allah memberi peluang untuk saya membuat kek..
Tempahan pertama dari kawan ibu..
Alhamdulillah, semua urusan telah di permudahkan..
Walaupun pada hakikatnya, perasaan takut, kurang yakin bercampur dalam diri ini kerana tidak pernah menerima dari mana-mana pihak untuk tempahan kek..
Semua perasaan negatif di ketepikan dan saya menerima tempahan pertama ini sebagai permulaan dalam hidup saya..

Terima Kasih kepada ibu, sebagai tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan kepada diri yang serba kekurangan ini..
Di samping itu, terima kasih kepada beberapa orang rakan baik yang membantu dalam memberi tunjuk ajar dan memberi idea untuk membuat kek serta memberi sokongan untuk buat yang terbaik..
Alhamdulillah, kini keyakinan telah bertambah kerana ada insan-insan yang sentiasa memberikan kata-kata positif untuk diri ini..

Untuk permulaan, agak sukar bagi saya  menentukan bajet kek, resepi yang sesuai, decorate kek dengan kemas dan beberapa perkara lagi..
Tapi itu normal, saya tidak mahu perkataan putus asa itu wujud dalam diri ini gara-gara benda yang remeh bagi saya tapi mudah bagi orang lain.
Membuat kek dan menerima tempahan kek adalah sebahagian impian dalam hidup saya..
Oleh itu, saya rasa ini lah peluang yang Allah berikan dengan memberi pengalaman yang pertama, Alhamdulillah 

Ibu dan Saya singgah ke kedai Yummy, Bangi (Kedai fevret kami)
Membeli bahan-bahan untuk membuat kek serta beberapa peralatan yang diperlukan..
Perasaan gembira dan teruja, hanya Allah yang tahu..
Almaklumlah, kali pertama terima tempahan kek..
Tambahan pula, tempahan untuk DUA kek serentak..

Antara bahan-bahan kek yang di beli

Selesai membeli bahan-bahan kek, saya rehat di petang hari..
Supaya mood saya baik-baik sahaja malam nanti..
Waktu yang di tunggu telah pun tiba..
Saya susun segala bahan dengan rapi supaya mudah untuk digunakan nanti..


Bahan-bahan yang telah siap di susun dengan rapi dan oven telah dipanaskan..
Membakar di malam hari 

Siap membakar 2 kek di malam hari..
Gigih buat step by step (tekun)
Almaklumlah, kek untuk kawan ibu la katakan..
Risau juga, kalau tiba-tiba kek bantat ke nanti..
Alhamdulillah, dua-dua kek menjadi.. Syukur..
Sentiasa letak Allah di hadapan, In Shaa Allah mudah segala urusan..

Decoration kek di buat pada esok hari..
Ya Allah, panik bila kek coklat comot..
Tapi try lagi baiki sampai okay sikit :)
No give up.. try again and again..
Kali pertama buat nak terus cantik dan kemas (imposible la kan)
Nasib baik ada bonda tercinta..
Ibu yang tolong tacap-tacap bagi nampak lagi better berbanding yang asal..
Alhamdulillah, relax-relax.. Heroin ada 

Cake Chocolate Caramel yang siap di tacap oleh ibu guna white chocolate 
Kek yang di salut dengan coklat ganache dan sos karamel di tengah-tengah kek

♡ Blueberry Cheese Cake 
Senang je rupanya buat cheese cake :)

Selesai sahaja deco kek, terus siap-siap untuk balik ke Puncak Alam..
Part deco penat tapi puas bila tengok kek dah siap !
Sebab tak mahir lagi kan, tu rasa part deco susah :')
Practice make perfect, usaha lagi. In Shaa Allah..

Hari Isnin telah pun tiba..
Alhamdulillah, kek selamat di potong dan makan oleh kawan-kawan ibu..
1st time bagi orang makan kek guna air tangan ni..
Terima kasih kawan ibu kerana percaya kepada timah untuk buat kek kali ni :)
Happy tengok kek di potong dalam Majlis Hari Guru..
Selamat Hari Guru 

Senyum lebar tengok kek join majlis :)

Semoga kawan-kawan ibu suka dengan rasa kek tu 
Ada kawan ibu nak order cheese cake.. In Shaa Allah, maybe next time ya :)

Terima kasih ibu, tulis kan ucapan atas kek 


March Babies 
♡ April Babies 

Selesai sudah cerita 2 biji kek..
In Shaa Allah, buat yang lebih baik next time..

* Kawan-kawan yang nak order kek, boleh pm saya.. In Shaa Allah, I try my best 

Terima Kasih :)